Mayat dua beradik lemas ditemui

Iklan
Gambar mangsa dua beradik yang lemas dikongsi orang ramai di laman sosial.

PASIR MAS - Dua beradik ditemui lemas di Sungai Kelantan berhampiran Kampung Hujung Galok, Chetok selepas dipercayai mandi di kawasan berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas, Pegawai Kanan Mohd Nazri Wahab berkata, mayat pertama ditemui ialah Muhammad Zulfitri Nor Zahri, 11, pada jam 9.55 malam.

Iklan
Iklan

"Lima minit berselang, kita berjaya temui mayat kedua, Nur Afifah, 8," katanya.

Menurutnya, mayat kedua-dua mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Iklan
Iklan

Katanya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) itu diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II Adnan Muhammad Juri bersama sembilan anggota termasuk Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Kota Bharu.