Boris Johnson kalah undi di Parlimen

Iklan

LONDON - Perdana Menteri, Britain Boris Johnson menerima tamparan hebat apabila mengalami kekalahan besar di Parlimen apabila 21 anggota Parti Konservatif dan pembangkang menang dalam undian untuk mengawal agenda Parlimen United Kingdom (UK) semalam.

Dalam responsnya, Johnson mengatakan beliau akan mengadakan pilihan raya umum yang baru.

Iklan
Iklan

Bagi membolehkan Johnson mengadakan pilihan raya awal, undian dua pertiga diperlukan.

Perkembangan terbaru ini membuka jalan untuk penentang Johnson memperkenalkan rang undang-undang baru selewat-lewatnya hari ini, yang akan menghalang Britain daripada meninggalkan Kesatuan Eropah (EU) tanpa perjanjian pada 31 Oktober.

Iklan

Undian tersebut menyaksikan 328 menyokong dan 301 menentang, sekali gus memudahkan kumpulan pembangkang yang ingin menangguhkan Brexit ke akhir Januari.

Bertindak balas kepada Johnson, pemimpin pembangkang Jeremy Corbyn berkata, rang undang undang Brexit tanpa perjanjian akan diluluskan sebelum pilihan raya. - Agensi

Iklan