SK Bunut Susu sedia makanan percuma untuk calon UPSR

Iklan
Guru-guru mengagihkan makanan kepada calon-calon UPSR.

PASIR MAS - Sekolah Kebangsaan (SK) Bunut Susu menyediakan makanan dan minuman percuma kepada calon-calon yang menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bermula hari ini.

Calon menikmati hidangan selepas tamat kertas pertama UPSR hari ini.

Kesemua 98 calon UPSR sekolah berkenaan menikmati hidangan percuma sejurus menamatkan peperiksaan kertas pertama iaitu Bahasa Melayu Pemahaman.

Iklan
Iklan
Iklan

Guru Besar sekolah berkenaan, Kamarudin Yahya berkata, inisiatif itu merupakan rutin setiap tahun sekolah bagi memastikan semua calon bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menduduki UPSR.

"Hidangan ini sekurang-kurangnya dapat memberikan motivasi kepada calon," katanya.

Iklan
Guru-guru SK Bunut Susu sedang menyiapkan minuman dan makanan.