KOTA KINABALU - Pengarah Pendidikan Sabah, Dr Mistirine Radin mengingatkan seramai 44,196 calon menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2019 di negeri ini supaya menjaga kesihatan dan keselamatan sepanjang peperiksaan berlangsung sehingga minggu depan.
Mistirine berkata, kedua-dua aspek itu penting bagi memastikan calon sentiasa berada dalam keadaan optimum ketika menduduki UPSR yang bermula serentak hari ini.