Patah tangan bukan halangan!

Iklan
Calon UPSR, Muhammad Aiman Hakim (duduk) mendapat kata-kata semangat daripada Muhd Afandi (tiga dari kanan) dan Guru Besar SK Bunut Susu, Kamarudin Yahya (dua dari kanan).

PASIR MAS - Seorang calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tetap bersemangat menduduki peperiksaan itu meskipun mengalami patah tangan kanan akibat kemalangan pada 15 Ogos lalu.

Murid tahun enam Sekolah Kebangsaan Bunut Susu, Muhammad Aiman Hakim Harun, 12, berkata, dia tetap bersyukur dapat meneruskan peperiksaan tersebut walaupun berdepan sedikit cabaran.

Iklan
Iklan

"Sebelum ini saya menulis menggunakan tangan kanan.

Menurutnya, sokongan padu yang diterima daripada guru-guru dan rakan-rakannya membuatkannya lebih bersemangat untuk menjawab UPSR.

Iklan

Sementara itu, Pemangku Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Pasir Mas, Muhd Afandi Yahya berkata, seramai 3,541 calon menduduki UPSR bagi tahun ini di daerah berkenaan.

Katanya, daripada jumlah tersebut terdapat seorang calon persendirian menduduki ujian tersebut.

Iklan

"Sebanyak 65 pusat peperiksaan telah beroperasi membabitkan Sekolah Kebangsaan (53), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (3), Yayasan Islam Kelantan (7) dan swasta (2),” katanya.

Muhd Afandi berkata, pihaknya berharap kesemua calon dapat menjaga kesihatan dan keselamatan sepanjang peperiksaan tersebut.