Pentagon alih dana RM15.1b untuk tembok sempadan

Iklan
Tujuan utama pembinaan tembok sempadan tersebut adalah untuk menyekat kemasukan pendatang haram dari Mexico dan Amerika Tengah.

WASHINGTON - Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) semalam memberikan dana berjumlah AS$3.6 bilion (RM15.1 bilion) yang diperuntukkan untuk projek lain bagi membina tembok di sempadan Mexico seperti diarahkan Presiden Donald Trump.

Setiausaha Pertahanan, Mike Esper menandatangani pengalihan dana daripada 127 projek ketenteraan yang tertangguh di luar dan dalam negara kira-kira enam minggu selepas mendapat pengesahan Kongres.

Iklan
Iklan

Februari lalu, Trump kecewa selepas Kongres enggan membiayai pagar sempadan setinggi 5.5 meter dan turut mengisytiharkan 'kecemasan negara' untuk memperoleh AS$6.6 bilion (RM27.7 bilion) dari akaun bajet lain untuk pembinaan tembok tersebut bertujuan menyekat kemasukan pendatang haram dari Mexico dan Amerika Tengah.

Beberapa tuntutan undang-undang membantah pembinaan tembok itu menyebabkan hakim persekutuan mengeluarkan perintah injunksi menyekat dana tersebut sehingga kes itu dikaji semula.

Iklan

Bagaimanapun, Mahkamah Agung membatalkan injunksi tersebut pada Julai lalu.

Sejak itu, dana Pentagon telah disalurkan kepada projek Jabatan Keselamatan Dalam Negeri untuk menggantikan tembok sedia ada sepanjang 3,200 kilometer. - Agensi

Iklan