Petronas ambil alih 10 peratus kepentingan meda minyak Al Khazzan Oman

Iklan

KUALA LUMPUR - Petroliam Nasional Bhd (Petronas) melalui anak syarikatnya PC Oman Ventures Ltd, (PCOVL) telah menyelesaikan transaksi pengambilalihan kepentingan 10 peratus dalam Blok 61 medan gas Al Khazzan Oman daripada Makarim Gas Development LLC (MGD).

Dalam satu kenyataan hari ini, Petronas berkata, MGD adalah subsidiari syarikat minyak penerokaan dan pengeluaran LCC Oman (OOCEP).

Iklan
Iklan

Katanya, penyelesaian transaksi itu dirasmikan pada majlis yang diadakan di Muscat, Oman selepas syarat-syarat untuk transaksi telah dipenuhi.

"Berikutan pengambilalihan tersebut, PCOVL dan MGD memegang kepentingan masing-masing 10 peratus dan 30 peratus manakala BP Exploration Ltd sebagai pengendali 60 peratus kepentingan.

Iklan
Iklan

"Pengambilalihan tersebut menandakan langkah penting dalam merealisasikan strategi pertumbuhan Petronas dalam sektor huluan di rantau ini dan di peringkat global ketika ia menyelaras aktivitinya bagi memastikan bekalan tenaga yang mampan,” tambahnya.- Bernama