Bekas Pengarah Urusan FTC tak mengaku rasuah

Iklan
Rohaizat (tengah) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bagi atas 33 pertuduhan rasuah berhubung kontrak pembekalan. - Foto ASRIL ASWANDI SHUKOR

KUALA LUMPUR - Bekas Pengarah Urusan Felcra Training & Consultancy Sdn Bhd (FTC), mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas 33 pertuduhan rasuah berhubung kontrak pembekalan kepada saudaranya melibatkan jumlah hampir RM1.64 juta, lima tahun lalu.

Tertuduh, Rohaizat Ahmad, 54, membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Azura Alwi.

Iklan
Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas Pengarah Urusan FTC didakwa esok

Rohaizat dibenarkan ikat jamin RM80,000 bagi kesemua pertuduhan dan kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 10 Oktober 2019.

Iklan

AKAN MENYUSUL

Iklan