DI SEBALIK kemeriahan Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2019 baru-baru, Panasonic mengambil peluang keemasan dengan memperkenalkan produk terbaharu mereka Panasonic Cordless Steam Iron 360° yang cukup menarik.
Rekaan terkini NI-WL30VSK dan NI-WL41VSK itu cukup memikat apabila hadir dengan rona merah jambu hitam dan putih ungu.
Pengarah Urusan Panasonic Malaysia, Cheng Chee Chung berkata, inovasi baharu pihaknya berfungsi dengan kawalan suhu secara digital dan manual.
Ujarnya, kemasan coating seramik dan silver titan menjadikan revolusi seterika tersebut nampak mewah dengan tambahan ciri unik seperti antititisan, tapak lebih ergonomic dan tiga peringkat boleh laras untuk proses stim.
"Pelanggan pastinya berdepan pelbagai pilihan produk dan akan memilih yang terbaik. Justeru itu, kami mahu menunjukkan pelbagai produk terbaik yang ada untuk mereka.
"Atas dorongan itu juga, kami berusaha untuk meningkatkan gaya hidup rakyat Malaysia," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran produk baharu itu sempena KLFW 2019 di Pavillion, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Panasonic Cordless Steam Iron 360° dengan berat 53 gram itu dijual dengan harga bermula RM259 sehingga RM359 bergantung kepada perbezaan ciri digital dan manual.
Panasonic turut memperkenalkan dua produk baharu iaitu pengering rambut Panasonic EH-NA98 dengan teknologi nano yang dijual pada harga RM899.
Satu lagi produk seterika stim Panasonic terbaharu, Double Pole Garment Steamer didatangkan lengkap dengan penyangkut 3D dan plat fabrik yang dijual pada harga RM649.