KUANTAN - Mangsa kebakaran di pekan Sungai Lembing di sini berharap siasatan berhubung kejadian itu dapat diselesaikan segera supaya mereka dapat masuk ke tapak kebakaran untuk mencari barangan yang masih selamat.
Lim Shew Yon, 54, berkata, keluarganya ingin sekali memasuki kawasan tapak rumah untuk melihat dan mengambil barangan yang masih boleh digunakan.