Naik kapal terbang jika dapat 6A

Iklan
Kamarudin (dua dari kanan) memberikan kata-kata semangat kepada calon UPSR SK Bunut Susu ketika mereka berehat sebelum menduduki peperiksaan.

PASIR MAS - Murid tahun enam di Sekolah Kebangsaan (SK) Bunut Susu di sini yang berjaya mendapat keputusan 6A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) berpeluang untuk menaiki kapal terbang.

Guru Besar SK Bunut Susu, Kamarudin Yahya berkata, selain menaiki kapal terbang, murid cemerlang juga diberi ganjaran menginap di hotel lima bintang dan membeli-belah di Kuala Lumpur.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kesemua hadiah lumayan itu adalah inisiatif yang disediakan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sebagai pembakar semangat kepada calon UPSR.

"Saya mewakili guru-guru menzahirkan ucapan terima kasih di atas usaha yang dilakukan itu.

Iklan

"Usaha PIBG itu juga telah membangkitkan lagi semangat warga guru untuk bekerja keras bagi memastikan lebih ramai pelajar cemerlang dalam UPSR," katanya.

Menurutnya, beliau berharap SK Bunut Susu mendapat keputusan cemerlang dan lulus 100 peratus dalam semua mata pelajaran yang diambil.

Iklan