Penyatuan JPA, SPA dalam perancangan

Iklan
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Borhan Dolah menyampaikan ucapan perasmian Persidangan Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya hari ini. - Foto Bernama

PUTRAJAYA - Memang terdapat rancangan untuk menyatukan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sebagai satu organisasi, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Borhan Dolah.

Pada sesi 'townhall' sempena Persidangan Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam di sini hari ini, Borhan yang ditanya mengenai perancangan untuk menyatukan JPA dan SPA memberikan contoh di Thailand di mana ia hanya mempunyai Public Commission of Thailand untuk hal ehwal sektor awam.

Iklan
Iklan

"Memang ada dalam perancangan untuk jadikan JPA dan SPA satu organisasi. Cuma di Malaysia kita banyak bernostalgia kerana JPA wujud lebih dulu dari SPA sejak zaman British lagi," katanya.

Borhan ketika diaju soalan sama ada JPA akan membenarkan mereka dari sektor korporat dan swasta menjawat jawatan peringkat tinggi dalam sektor awam berkata mereka akan ditapis dengan teliti dahulu bagi memastikan benar-benar memenuhi kehendak jawatan.

Iklan

"Bukanlah seorang yang hanya 10 tahun pengalaman bekerja dalam bidang lain tetapi kerana dia baik dengan menteri maka dia boleh duduk di kerusi JUSA B. Swasta dan korporat boleh masuk tetapi perlu melalui tapisan audit dan tapisan jawatankuasa. Ini bukan dasar JPA tapi dasar kerajaan," katanya.

Persidangan dua hari bermula hari ini itu dihadiri oleh 1,000 pengurus sumber manusia di peringkat kementerian, agensi dan pejabat setiausaha kerajaan negeri. - Bernama

Iklan