Hadiahi ibu rumah, Mark dapat pujian ramai

Iklan
FOTO/SUMBER: INSTAGRAM MARK ADAM

PENYANYI Mark Adam hadiahkan ibunya sebuah rumah dapat pujian ramai termasuk rakan artis.

Perkara itu dikongsikan sendiri menerusi Instagram miliknya yang dimuat naik berserta video pendek.

FOTO/SUMBER: INSTAGRAM MARK ADAM

Iklan
Iklan

Menerusi video dimuat naik, penyanyi yang popular dengan lagu 'Marry Me' itu membuat kejutan dengan menghadiahkan ibunya sebuah banglo di kampung halamannya di Filipina.

Pada awal rakaman, Mark menutup mata ibunya sebelum membawa wanita itu membonceng motosikal ke sebuah lokasi berdekatan.

FOTO/SUMBER: INSTAGRAM MARK ADAM

Iklan

Sebaik tiba di sana, Florenda disambut dan diberikan kejutan oleh ahli keluarga lain pula termasuk isteri Mark, Norazah Redzuan atau yang dipanggil Ezan.

Labih mengharukan, Mark memaklumkan impian untuk membelikan rumah yang selesa buat ibunya itu disimpan sejak 23 tahun lalu.

Iklan

"Mak nanti bila saya dah besar saya akan belikan mak rumah (1996). Terima kasih kepada @ezzpowers kerana menjadikan ia realiti.

"Tak pakai topi keledar sebab tempat rumah baharu sangat dekat dengan rumah sewa lama emak di kampung,” demikian tulis Mark di entri tersebut.

Mark turut menzahirkan rasa syukur dan memaklumkan pada awalnya ibunya tidak percaya bahawa rumah tersebut adalah kediaman baharunya.

Sebelum ini, Mark juga membuat kejutan kepada keluarga apabila 'menerbangkan' sebuah televisyen ke kampung halamannya itu.

Perkongsian itu mendapat pujian daripada pengikut dan juga rakan artis termasuk Datuk Seri Siti Nurhaliza (CDTK), Afdlin Shauki, Hairul Azreen, Aliff Satar dan ramai lagi.

Malah perkongsian itu mendapat lebih 565,386 tontonan sejak ia dimuat naik.

"Alhamdullillah ALLAH (SWT) akan terus curahkan rezeki yang melimpah buat mu @markadam1079. Isteri awak juga juga seorang yang mulia hatinya. Tahniah Mark," tulis CTDK

"Alhamdulillah. Anak yang baik," tulis Afdlin Shauki.

"Awwww anak yang baik, semoga murah rezki kau Mark," Hairul Azreen.

"Awaklah orangnya, murah rezeki abang," Aliff Satar.