Ladang MARDI di Pontian terbakar

Iklan
Tanah ladang tanah gambut di Jalan Johor-Pontian yang terbakar sejak semalam.

PONTIAN - Operasi memadamkan kebakaran tanah gambut di ladang milik Institut Kemajuan dan Penyelidikan Pertanian (MARDI) dan Jabatan Pertanian di Jalan Johor-Pontian seluas 7.5 hektar sejak semalam, sudah memasuki hari kedua hari ini.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pontian Baru, Iqbal Raduan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira- kira jam 11.50 pagi sebelum tujuh anggota dan sebuah jentera bergegas ke lokasi kejadian.

Iklan
Iklan

Katanya, lima anggota Angkatan Pertahanan Awam dan tiga pekerja kebun turut membantu operasi pemadaman.

"Operasi telah berjaya memadamkan api di kawasan seluas satu hektar dan masih berbaki 6.5 hektar yang terbakar," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Iklan

Jelasnya lagi, teknik pemadaman menggunakan tiga pancutan daripada sumber air terbuka.

Iklan

"Operasi pemadaman juga dibantu oleh sebuah jengkaut milik pihak MARDI.

"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan," katanya.