Susah kalau orang memang tak reti bahasa

Iklan

MERAK JALANAN berasa lega apabila Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan, tiada keperluan melanjutkan had umur bersara mandatori daripada 60 kepada 65 tahun.

Jadi Merak Jalanan harap selepas ini tidak ada pihak yang gatal-gatal mulut untuk bercakap mengenai isu itu lagi. Kira tutup kes.

Iklan
Iklan

Petang semalam Merak Jalanan singgah di sebuah restoran di sekitar Shah Alam. Tiba-tiba teringin makan roti canai goyang dengan air nescaffe.

Ketika sedang menikmati hidangan, tiba-tiba hidung Merak Jalanan terganggu dengan bau asap rokok. Rupa-rupanya ada sekumpulan lelaki tidak jauh dari meja Merak Jalanan dengan selamba menghisap rokok di dalam restoran.

Iklan

Walaupun ada tanda larangan merokok yang ditampal di dinding restoran, bahkan dilekatkan pasetiap meja, golongan itu memang tidak 'reti bahasa'. Tauke restoran pula tidak berani hendak menegur.

Barangkali bimbang pelanggan tetap lari. Atau mungkin juga takut kena lempang! Merak Jalanan malas nak tegur, takut bergaduh pula nanti.

Iklan

Pada hemat Merak Jalanan, larangan merokok di premis-premis makanan sebenarnya gagal kerana tiada penguatkuasaan. Masih ramai yang merokok di dalam restoran walaupun peraturan untuk berbuat demikian perlu berada jauh sekurang-kurangnya tiga meter dari premis.

Tempoh penguatkuasaan pendidikan di kawasan larangan merokok seperti restoran dan kedai makan pula dilanjutkan selama enam bulan lagi sehingga Disember ini seperti yang diumumkan Kementerian Kesihatan.

Kesimpulannya, ikut suka kalau nak merokok sebab tidak ada siapa yang akan ambil tindakan. Paling tidak, masukkan dalam Facebook untuk dikecam secara berjemaah.

Bebarap minggu lalu Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad ada mengumumkan untuk mengenakan hukuman kerja sosial seperti membersihkan tandas, memungut sampah dan memotong rumput terhadap pesalah peraturan larangan merokok.

Merak Jalanan sokong cadangan itu tetapi sedikit pesimis. Ia sebenarnya berbalik kepada penguatkuasaan. Kalau harap kesedaran daripada perokok tegar yang tak reti bahasa, memang jangan haraplah kempen ini berjaya.

Tetapi mungkin dengan mencuci tandas sedikit sebanyak boleh memberi kesedaran kepada golongan itu.