KUALA LUMPUR - Pemilik premis di Jalan Changkat Thambi Dollah yang ingkar arahan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) supaya merobohkan struktur dibina di belakang premis mereka menerima padah apabila ia dirobohkan semalam.
Sumber Unit Media DBKL dalam satu kenyataan berkata, struktur tambahan terbabit didirikan di lorong belakang jalan tanpa kebenaran pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.
"Sekurang kurangnya dua struktur tambahan tanpa kebenaran yang didirikan di lorong belakang Jalan Changkat Thambi Dollah dirobohkan.
"Tindakan dilaksanakan oleh Jabatan Penguatkuasaan DBKL dengan kerjasama pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan jabatan dalaman DBKL yang berkaitan,” tulis kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu lagi, notis amaran telah dikeluarkan terhadap pemilik struktur tambahan tersebut di bawah kesalahan Seksyen 46 - Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 sebelum ini.
Bagaimanapun, pemilik struktur didapati ingkar terhadap notis tersebut maka tindakan roboh dilaksanakan di bawah kesalahan tersebut.