Raja Perlis lancar tengkolok Putra Julang Darjat
Iklan
Tuanku Syed Sirajuddin mendengar penerangan yang disampaikan Mohd Nazim mengenai tengkolok Putra Julang Darjat di Balai Menghadap Biru Istana Arau semalam.
ARAU - Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan melancarkan tengkolok rasmi Perlis yang diberi nama Putra Julang Darjat di Balai Menghadap Biru Istana Arau semalam.
Berangkat sama mengiringi baginda ialah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan anakanda baginda, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.
Iklan
Iklan
Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd Nazim Mohd Noor berkata, berikutan titah perkenan berkenaan, tengkolok tersebut akan mula dipakai dalam istiadat rasmi diraja dan majlis rasmi serta separa rasmi di negeri Perlis bagi menggantikan tengkolok 'Dendam Tak Sudah' yang berasal dari Negeri Sembilan yang diguna pakai sebelum ini.
Menurutnya, ikatan tengkolok baharu itu mirip seperti tengkolok yang pernah dipakai Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail ketika istiadat pertabalan baginda pada 1949 dan majlis menandatangani Persekutuan Tanah Melayu pada 1957.
Iklan
"Menurut sejarah, jenis ikatan tengkolok berkenaan telah diikat sendiri oleh Almarhumah Tuanku Hajah Budriah, Raja Perempuan Perlis pada ketika itu.
"Tengkolok 'Putra Julang Darjat' adalah signifikan kepada kekuatan dan usaha si pemakai dalam meningkatkan nilai positif dalam dirinya," katanya.
Iklan
Mohd Nazim berkata, ejaan ‘Putra’ adalah bagi mengabadikan nama Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail yang telah berkenan memakai tengkolok berkenaan ketika istiadat pertabalan baginda pada 1949.
"Putra juga membawa makna seorang lelaki. Dengan usaha dan izin Tuhan, maka seseorang boleh meningkatkan pencapaian dirinya," katanya.
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam