GOLONGAN wanita dinasihatkan supaya jangan mengambil ringan aspek kekuatan jisim otot.
Menerusi perkongsian laman sosial Instagram milik @coach_fridajeb kenaikan jisim otot paling maksimum adalah sehingga berusia 30 tahun.
Selepas itu, kebanyakan individu akan mengalami kehilangan otot (sarcopenida) secara perlahan-lahan.
Justeru, bagi membantu para wanita khususnya memiliki jisim otot yang kuat @coach_fridajeb berkongsi tip menarik:
1- Selain berdiet secara sihat, anda disarankan melakukan aktiviti fizikal dan bersenam supaya otot sentiasa ada 'keperluan' untuk kekal dalam badan.
2- Otot yang kurang mendapat beban akan mula beradaptasi dengan aktiviti seharian dan semakin cepat menurun.
3- Mereka yang berusia 30 tahun dan ke atas jangan bimbang kerana aktiviti bersenam secara konsisten otot akan lebih terjaga.
4- Kurangkan lemak dalam diri, sebaliknya tingkatkan jisim otot. Walaupun berat tetapi ia adalah simpanan berharga.
Sumber: @coach_fridajeb