Cubaan pecah belah Pas, UMNO tidak berhasil: Idris

Iklan
Idris (empat dari kanan) dan Annuar (lima dari kanan) bersama barisan pimpinan UMNO dan Pas pada Himpunan Penyatuan Ummah di Pokok Sena semalam. FOTO: ROSHILLA MURNI ROSLI

POKOK SENA - Cubaan pihak tertentu menularkan video lama ucapan pemimpin Pas dan UMNO untuk memecahbelahkan perpaduan ahli dua parti itu tidak berhasil, sebaliknya kerjasama yang terjalin semakin kukuh.

Naib Presiden Pas, Idris Ahmad berkata, video ucapan pemimpin kedua parti yang saling mengata antara satu sama lain suatu ketika dahulu kembali tular.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun katanya, cubaan berkenaan tidak berhasil apabila masing-masing telah melupakan persengketaan lepas dengan bergerak ke hadapan.

"Ada yang cuba menularkannya demi memastikan kita berpecah, namun Alhamdulillah kita telah 'move forward'," katanya ketika berucap di hadapan ribuan penyokong Pas dan UMNO sempena Himpunan Penyatuan Ummah Kedah di Muasassah Darul Ulum Pokok Sena di sini malam tadi.

Iklan

Idris berkata, kerjasama antara Pas dan UMNO merisaukan pihak tertentu, ditambah pula mereka kini semakin mantap.

Sementara itu, Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, Sebarang tindakan untuk memecahbelahkan UMNO dan Pas tidak akan berjaya kerana kedua-dua parti terbesar orang Melayu itu akan terus mempertahankan antara satu sama lain.

Iklan

Beliau berkata, UMNO akan mempertahankan Pas dalam apa jua cara, begitu juga Pas yang akan sentiasa berada di belakang UMNO.

"Selagi UMNO dan Pas berpegang pada tali ALLAH SWT, sebarang usaha untuk menggugat kerjasama kedua parti ini tidak akan berhasil, malah hanya sia-sia,' katanya.