Exco Perak kesal Econsave difitnah tak jual produk Muslim

Iklan
Keratan kenyataan permohonan maaf dimuat naik Kelab Memanah Seri Iskandar.

IPOH - Tindakan sebuah kelab sukan memanah yang beroperasi di Perak memfitnah Pasaraya Econsave tidak menjual barangan Muslim membuktikan kempen boikot membeli barangan bukan Muslim didorong oleh manipulasi fakta yang melampau.

Exco Belia, Sukan dan Pembangunan Modal Insan Perak, Howard Lee Chuan How berkata, perkara berkenaan begitu mendukacitakan selepas pemfitnah berkenaan tampil membuat permohonan maaf atas kesilapan fakta.

Iklan
Iklan

"Beberapa hari yang lalu, kita melihat bagaimana Econsave Cash & Carry Sdn Bhd menjadi mangsa apabila pasar raya tersebut dituduh tidak lagi menjual barangan keluaran Bumiputera Muslim.

"Setelah laporan polis dibuat, pemfitnah tersebut tampil membuat permohonan maaf atas kesilapan fakta. Ini adalah satu contoh bagaimana kempen boikot didorong oleh manipulasi fakta yang melampau," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Iklan

Menurut Howard Lee, sebagai Exco berkaitan yang diamanahkan menjaga pembangunan sukan pihaknya akan mengaturkan satu pertemuan degan pengurusan kelab tersebut demi menjaga baik nama persatuan sukan di Perak.

"Pesan saya, marilah kita pandang ke hadapan untuk melihat gambaran yang lebih besar iaitu kemakmuran bersama. Usah keruhkan keadaan dengan mainan politik yang cetek.

Iklan

"Usaha bina semula negara kita tidak boleh hanya dalam sidang dewan atau pejabat kerajaan, ia juga harus dipupuk di kejiranan kita dan tabiat kita di alam maya," katanya.

Isnin lalu Kelab Memanah Seri Iskandar memuat naik kenyataan permohonan maaf di laman sosial Facebook milik mereka bagi menarik balik kenyataan yang dimuat naik di Facebook sama 25 Ogos lalu.

Kenyataan berkenaan memaklumkan kelab tersebut mengaku membuat kesilapan dan telah menyampaikan maklumat tidak benar kepada orang awam khasnya penduduk Seri Iskandar, Perak.

"Saya juga telah memadam post tersebut dari ruangan Facebook dan memohon agar ia tidak disebarkan lagi masa hadapan.

"Sekali lagi saya memohon maaf kepada pihak Econsave Seri Iskandar Perak khasnya dan Econsave Malaysia amnya dan saya tidak akan ulangi kesilapan yang telah saya lakukan," katanya.

Permohonan maaf tersebut dibuat selepas Econsave melalui Pengurus Besarnya, Mas Imran Adam membuat laporan polis berhubung fitnah tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara 2, Isnin lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Fitnah tak jual produk Muslim: Econsave buat laporan polis