Hanya 40 peratus rakyat beli barangan Malaysia: Saifuddin

Iklan
Saifuddin Nasution

KUALA LUMPUR – Hanya 40 peratus rakyat negara ini yang membeli barangan buatan Malaysia.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, peratus tersebut menunjukkan jumlah pembelian yang masih rendah meskipun ramai yang tahu tentang kempen beli barangan Malaysia.

Iklan
Iklan

"Memetik kajian selidik yang telah dijalankan oleh Universiti Teknologi Mara (UiTM) 2015, antara hasil dapatan mendapati 75 peratus rakyat tahu tentang adanya kempen beli barangan buatan Malaysia yang dijalankan oleh kerajaan.

"Tetapi tahap komitmen rakyat untuk membeli barangan buatan Malaysia (sebanyak) 41 peratus sahaja. Dorongan untuk membeli kurang,” katanya ketika menyampaikan ucapan di Majlis Pra Pelancaran Kempen Beli Barangan Malaysia di sini hari ini.

Iklan

Menurutnya, iklan dan promosi beli barangan Malaysia semata-mata didapati agak kurang memberikan kesan dalam mengubah persepsi rakyat.

"Sebaliknya jika digabungkan iklan, promosi dan penganjuran ekspo serta karnival jualan, maka ia didapati lebih mendatangkan kesan terhadap keseluruhan kempen,” katanya.

Iklan