Bukit Berangan dilanda ribut

Iklan
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, Hishamuddin Abdul Karim (kiri) meninjau ke kawasan terjejas di Bukit Berangan.

KUALA NERUS - Kira kira 20 buah rumah rosak manakala beberapa pokok besar tumbang akibat ribut yang melanda Bukit Berangan di sini petang semalam.

Timbalan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPPK) Bukit Berangan, Omar Ahmad, 64, berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 4.30 petang.

Iklan
Iklan

Menurutnya, hujan lebat dan angin kencang dalam tempoh kurang setengah jam itu menyebabkan 20 buah rumah penduduk mengalami kerosakan pada bahagian atap akibat diterbangkan angin.

"Pada awalnya MPPK menyangka hanya hujan lebat biasa sebelum dimaklumkan angin kuat sehingga menerbangkan atap rumah penduduk di sekitar kampung ini.

Iklan

"MPPK kemudiannya membuat tinjauan dan mendapati 20 buah rumah terjejas namun tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian ini," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Penduduk kampung bergotong-royong menebang pokok tumbang.

Tinjauan di sekitar kawasan kampung berkenaan juga mendapati beberapa pokok tumbang manakala rumah penduduk yang mengalami kerosakan atap mulai diperbaiki pada hari ini.

Iklan

Omar berkata, kejadian hujan lebat disusuli dengan ribut itu merupakan kali kedua berlaku pada tahun ini namun ia merupakan kejadian ribut paling buruk melanda kampung berkenaan.

"Ini kerana ada seorang mangsa mengalami kerugian agak besar apabila 30 keping atap rumahnya rosak dan MPPK sudah mengambil tindakan sewajarnya dalam menangani situasi ini," katanya.

Selain Kampung Bukit Berangan, kejadian ribut turut melanda Wakaf Tembesu, Padang Air, Tok Jiring dan Banggol Binjai khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tepoh.