Macau Scam: Pekebun rugi RM27,000

Iklan
Mohd Wazir Mohd Yusof

KUANTAN - Bimbang dipenjarakan, seorang pekebun sanggup membayar RM27,000 kepada lelaki tidak dikenali yang menghubunginya melalui panggilan telefon.

Lelaki berusia 29 tahun yang bekerja di Tanah Rata tersebut diperdaya sindiket Macau Scam pada Mei lalu tetapi tidak menyimpan syak wasangka sehinggalah dia sekali lagi dihubungi suspek yang meminta RM50,000 kelmarin.

Iklan
Iklan

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, suspek menghubungi mangsa mengatakannya terlibat dalam kes penipuan duit syarikat.

Menurutnya, mangsa diugut sekiranya gagal membayar RM27,000 dia akan ditangkap polis.

Iklan

"Bimbang ditahan pihak berkuasa, mangsa menyerahkan wang melalui beberapa transaksi," katanya.

Beliau berkata, walaupun sudah menyerahkan sejumlah wang yang banyak, mangsa sekali lagi diganggu dan suspek meminta RM50, 000 untuk menyelesaikan kes tersebut.

Iklan

"Menyedari ditipu, mangsa membuat laporan polis di IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Cameron Highlands.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun keseksaan," katanya.