LABUAN - Kementerian Wilayah Persekutuan hari ini menjalankan kerjasama strategik bersama Air Asia, bagi mempromosikan tarikan pelancongan di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Kerjasama ini melibatkan pengiklanan pada ruang simpanan bagasi bahagian atas di 25 buah kapal terbang Air Asia, yang melakukan penerbangan dalam negara dan luar seperti Indonesia dan Thailand.
Iklan
Iklan
Menterinya, Khalid Abdul Samad berkata, kerjasama ini akan memberi faedah kepada tiga Wilayah Persekutuan itu dan selaras dengan sasaran kerajaan untuk menarik kehadiran 30 juta pelancong dengan pulangan pendapatan RM100 billion, bersempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2020.
"Dengan sejumlah 85 juta penumpang setahun, kementerian kami yakin kerjasama ini akan memberikan impak kepada industri pelancongan.
"Iklan ini difokuskan kepada tarikan pelanconan di Labuan, Putrajaya dan Kuala Lumpur. Kami serius dalam mempromosikan sektor pelancongan di tiga Wilayah Persekutuan,” katanya pada majlis pelancaran Pengiklanan Dalam Penerbangan Ais Asia di Lapangan Terbang Labuan, di sini hari ini. - Bernama