Kotak kadbod elak pelajar meniru

Iklan
Sekolah terbabit mendakwa ia adalah satu bentuk latihan dinamik untuk membantu perkembangan psikomotor pelajar.

MEXICO CITY - Seorang guru di Mexico dikritik banyak pihak selepas mengarahkan para pelajarnya memakai kotak kadbod pada kepala masing-masing bagi mengelakkan sebarang insiden meniru ketika peperiksaan.

Menurut media tempatan, kebanyakan ibu bapa pelajar berang dengan 'syarat pelik menduduki ujian' itu dan turut menggesa guru terbabit dipecat daripada Bachilleres 01 El Sabina School di Tlaxcala.

Iklan
Iklan

Guru subjek Etika dan Nilai dikenali sebagai Luis Juarez Texis itu dilaporkan mengeluarkan arahan kontroversi tersebut kepada para pelajarnya.

"Kebanyakan ibu bapa berpendapat tindakan itu sebagai memalukan kelas dan mereka juga meminta pihak berkuasa melindungi hak anak mereka sebagai pelajar. 'Keganasan' seperti itu tidak boleh diterima," jelas laporan itu lagi.

Iklan

Sebagai respons terhadap kritikan tersebut, sekolah terbabit menjelaskan ia adalah satu bentuk latihan dinamik untuk membantu perkembangan psikomotor pelajar.

"Para pelajar telah dimaklumkan terlebih dahulu dan mereka bersetuju dengan latihan tersebut. Kami sememangnya menghormati hak individu," ujar pihak sekolah terbabit.

Iklan

Bagaimanapun, masih tidak jelas sama ada siasatan lanjut dijalankan ke atas kejadian tersebut. - Agensi