Penyokong Harimau Malaya disambut ‘hujan batu’ sejak awal

Iklan
Keadaan cemas ketika penyokong Malaysia dihujani botol dan batu di Stadium Utama Gelora Bung Karno pada Khamis. - Foto Astro Awani

SITUASI tegang di Stadium Gelora Bung Karno, Indonesia semalam didakwa bermula sedari awal sebelum detik masuk ke stadium apabila penyokong Harimau Malaya dihujani batu yang dilontarkan oleh penyokong tuan rumah.

Memetik laporan Astro Awani, salah seorang Ultras Malaya, Firoz Khair berkata, keadaan menjadi semakin tegang pada akhir perlawanan apabila penyokong tuan rumah bertindak lebih agresif dengan membaling botol, suar, dan juga besi kepada penyokong Malaysia gara-gara kemenangan pasukan Harimau Malaya.

Iklan
Iklan

"Keadaan cemas berlaku selepas perlawanan dihentikan seketika sehinggalah ke wisel penamat.

"Kami cuba pindahkan semua penyokong masuk ke dalam tetapi barang banyak berterbangan, jadi kami turun ke bawah.

Iklan

"Kami cuba menyelamatkan diri masuk ke dalam ‘conference room’ selepas perlawanan berakhir. Bila semua berkerumun masuk ke dalam conference room, ia mengakibatkan kesesakan dan ambil masa sehingga 15 minit untuk berada di bilik itu," katanya.

Bagaimanapun, katanya, situasi tegang itu berjaya dikawal susulan tindakan pantas pihak polis dan tentera Indonesia.

Iklan

"Semua penyokong kebanyakannya selamat, tidak ada apa-apa berlaku selepas keluar stadium jam 1 pagi waktu Indonesia.

"Kami terus ke lapangan terbang dan diiringi polis Indonesia setengah jam kemudian.

"Polis masih berkawal sekeliling kami. Ada penyokong yang dah balik pagi tadi (Jumaat), ada juga yang masih berada di Jakarta," katanya.

Diminta mengulas mengenai dakwaan kehilangan enam rakan mereka seperti yang tular di sosial media, Firoz berkata, kesemua mereka tidak hilang, sebaliknya diselamatkan oleh polis.

"Info mengatakan hilang enam orang itu tidak ada apa berlaku cuma terpisah dalam stadium sebab ditarik polis Indonesia.

"Polis banyak membantu kami juga dalam pastikan keselamatan terjamin," jelasnya.

Malam tadi, penyokong-penyokong pasukan Malaysia termasuk Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berdepan detik cemas apabila dilempar dengan objek besi, botol dan suar di Stadium Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta.