DUBAI - EMIRIAH ARAB BERSATU . Sebuah helikopter penyelamat terhempas di Ras Al-Khaimah semalam, mengorbankan kesemua empat anggotanya, kata agensi berita rasmi Emiriah Arab Bersatu (UAE) WAM.
Pemerintah Ras Al-Khaimah, Sheikh Saud bin Saqr al-Qasimi, mengarahkan siasatan segera susulan nahas yang berlaku pada kira-kira jam 5.50 petang (waktu tempatan), itu.