Bunuh bayi: Suami isteri warga Myanmar ditahan

Iklan
Mayat bayi yang ditemui dalam tong sampah di sebuah pangsapuri di Taman Bukit Serdang 27 Ogos lalu

SERDANG - Sepasang suami isteri warga Myanmar ditahan selepas dipercayai membunuh seorang bayi perempuan baru dilahirkan yang mayatnya ditemui dalam tong sampah di sebuah pangsapuri di Taman Bukit Serdang di sini, pagi 27 Ogos lalu.

Ketua Polis Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, penangkapan suami isteri berusia lingkungan 30-an itu dibuat sehari selepas mayat bayi berkenaan ditemui.

Iklan
Iklan

Menurutnya, penangkapan kedua-duanya yang bekerja di sebuah kilang di Bukit Serdang dibuat pada jam 8 malam.

"Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran lokasi mayat bayi ditemui itu merakam gerak geri suspek membawa bungkusan dipercayai mengandungi bayi terbabit.

Iklan

"Hasil soal siasat, suspek wanita mengaku melahirkan bayi itu sebelum dibunuh dan mayatnya dibuang ke dalam tong sampah,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang hari ini.

Ismadi berkata, laporan bedah siasat mendapati punca kematian bayi terbabit adalah lemas disebabkan dicekup dengan objek.

Iklan

"Berdasarkan keterangan suspek, mereka gunakan kain diikat pada kepala yang menutup muka bayi terbabit.

"Susulan itu kes yang sebelum ini disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyembunyikan kelahiran ditukar kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan mayat bayi perempuan masih bertali pusat dan dibalut dengan kain berwarna hitam ditemui di tong sampah pangsapuri Taman Bukit Serdang di sini pagi tadi.

Mayat bayi masih bertali pusat dan uri itu ditemui orang awam kira-kira jam 4.30 pagi.

Turut ditemui berhampiran mayat bayi, sehelai coli serta seluar dalam perempuan.