Saintis ambil gambar lubang hitam terima hadiah RM12.5 juta

Iklan
Gambar lubang hitam atau gergasi pemakan bintang pertama kali dikeluarkan pada April lalu.

WASHINGTON - Pasukan saintis yang berjaya mengambil imej pertama lubang hitam akan menerima Hadiah Pencapaian Cemerlang dalam kategori Fizik Asas berjumlah AS$3 juta (RM12.5 juta).

Pada 10 April lalu, The Event Horizon Telescope Collaboration (EHT) menjadi tajuk muka akhbar seluruh dunia selepas ia mengeluarkan gambar pertama gergasi pemakan bintang dengan lingkaran halo tersebut.

Iklan
Iklan

Data di sebalik penciptaan imej itu bersamaan dengan jumlah 40,000 gambar swafoto individu dan merupakan kejayaan saintifik utama yang boleh mengesahkan atau mencetuskan persoalan tentang teori graviti saintis terkenal Albert Einstein yang membolehkan penyelidik memahami tentang alam semesta dan undang-undang fizik.

EHT tersebut melibatkan lapan teleskop radio di beberapa lokasi untuk memantau Galaksi Messier 87 dan lubang hitam yang terletak pada pusatnya.

Iklan

Difahamkan, hadiah lumayan itu akan dibahagikan antara 347 saintis dalam pasukan terbabit.

Hadiah Pencapaian Cemerlang ditaja Eksekutif Silicon Valley seperti Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg dan pengasas bersama Google, Sergey Bin itu mengiktiraf saintis utama dalam pelbagai bidang termasuk sains hayat, fizik asas dan matematik yang nilai keseluruhannya yang mencecah AS$21.6 juta (RM90.1 juta) pada tahun ini.

Iklan

Pemenang akan diraikan dalam sebuah majlis Pusat Penyelidikan Ames NASA di Mountain View, California pada 3 November depan dan bakal disiarkan secara langsung menerusi National Geographic. - Agensi