SHAH ALAM - Beberapa kawasan di Kuala Lumpur dan Selangor hampir mencatatkan bacaan indeks kualiti udara tidak sihat kira-kira jam 2 petang tadi.
Mengikut data yang dikeluarkan Indeks Pencemaran Udara Malaysia menunjukkan kawasan Batu Muda, Kuala Lumpur mencatatkan bacaan pada skala 99 dan Cheras pada skala 92.