GRO lari masuk belukar

Iklan
Antara 43 GRO warga asing yang ditahan Imigresen. - Foto Imigresen

KUALA LUMPUR - Wanita pelayan pelanggan (GRO) sanggup bersembunyi di belukar bagi mengelak ditahan selepas restoran eksklusif tempat mereka bekerja diserbu Jabatan Imigresen awal pagi hari ini.

Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Hamidi Adam berkata, operasi dilakukan selepas pihaknya menerima maklumat awam dan hasil risikan yang dilakukan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, operasi bermula jam 11 malam sehingga 1.30 pagi di tiga lokasi berbeza sekitar Kuala Lumpur melibatkan sebuah restoran dan dua kelab malam.

"Dalam serbuan itu telah menahan 43 GRO warga asing dan ada GRO lari masuk ke kawasan belukar bagi mengelak ditahan.

Iklan

"Namun usaha itu gagal kerana kita terlebih dahulu dapat mengesan helah berkenaan dan kawasan telah dikepong," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

GRO sanggup bersembunyi di belukar bagi mengelakkan ditahan Imigresen. - Foto Imigresen

Iklan

Hamidi berkata, dalam operasi itu turut menahan empat lelaki warga asing dan seorang lelaki tempatan bagi membantu siasatan.

"Semua yang ditahan berusia antara 23 hingga 35 tahun masing-masing berasal dari Vietnam, Thailand, Laos, Korea, Pakistan dan Bangladesh.

"Kebanyakan daripada mereka masuk ke negara ini menggunakan pas pelancong dan ada di antaranya gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah," katanya.