IPOH - Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menafikan dakwaan maklumat kanak-kanak yang didaftar bagi ujian saringan Pintar Berbakat untuk Program Junior Science Camp 2019 digunakan bagi tujuan penculikan.
Naib Canselor UPSI Profesor Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran berkata pihaknya memandang serius dakwaan itu dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang menyebarkan maklumat atau berita palsu.