ALOR SETAR - Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah menzahirkan dukacita baginda di atas pemergian Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya yang kembali ke rahmatullah selepas melakukan satu aksi demonstrasi di Kem Lok Kawi, Sabah pada 4 September lalu.
Baginda selaku Kolonel Yang Dipertua Rejimen Askar Melayu Diraja turut mengutuskan warkah ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.
Iklan
Iklan
Sultan Kedah mendoakan semoga diampunkan dosa Allahyarham dan ditempatkan rohnya dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh.
Allahyarham Mohd Zahir yang merupakan Pegawai Komando 11 Rejimen Gerup Gerak Khas menghembuskan nafas terakhir di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu pada jam 9.28 pagi pada 4 September lalu selepas terkena tembakan ketika melakukan demonstrasi.
Aksi demonstrasi itu diadakan sempena pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia dan Briged ke-13 Infantri Malaysia di Kem Lok Kawi.