Isu khutbah kutuk syiah: Mujahid minta rujuk JAIS

Iklan
Mujahid melawat reruai pameran pada Majlis Perasmian Halfest Jakim 2019 bertemakan #YakiniHalalMalaysia di Pusat Pameran Mines, Kuala Lumpur. - FOTO ZAHID IZZANI

SERI KEMBANGAN - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof meminta agar isu khutbah Jumaat yang menyerang puak syiah di masjid Selangor hari ini dirujuk kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Katanya, ini kerana tindakan itu dibuat jabatan berkenaan tanpa melibatkan beliau.

Iklan
Iklan

"Bukan saya, itu perlu tanya kepada Selangor (JAIS)," katanya pada sidang media sebaik selesai Majlis Perasmian Halal Fest Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) 2019 di Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa Mines di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai tindakan JAIS mengarahkan masjid di Selangor menyampaikan khutbah Jumaat menyerang syiah hari ini.

Iklan

Majlis perasmian disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Terdahulu, sebuah portal hari ini melaporkan teks khutbah itu disediakan JAIS menjelang peristiwa penting syiah pada minggu depan dengan menyifatkan kepercayaan dan amalan syiah sebagai sesat, jelek, karut dan meloyakan.

Iklan

Menurut laporan itu, kandungan khutbah itu antara lain menggesa umat Islam menjadi 'mata dan telinga' pihak berkuasa serta melaporkan sesiapa saja yang mengikuti amalan syiah.