Kematian komando: Polis akan panggil beberapa lagi individu

Iklan
Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya terkena tembakan ketika melakukan demonstrasi keupayaan Tentera Darat di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu, Sabah.

KUALA LUMPUR - Beberapa lagi individu akan dipanggil bagi membantu siasatan berhubung insiden kematian seorang komando di Kem Lok Kawi, Sabah, Rabu lepas.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Omar Mammah ketika dihubungi berkata setakat ini, pihaknya telah mengambil keterangan seorang anggota tentera berusia 37 tahun yang ditahan pada hari kejadian,

Iklan
Iklan

"Beliau (anggota itu) bagaimanapun telah dibebaskan dengan jaminan polis pada hari yang sama selepas keterangannya diambil. Siasatan berhubung insiden itu masih dijalankan dan polis akan memanggil beberapa lagi individu dalam masa terdekat," katanya.

Semalam, Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata Polis Diraja Malaysia sedang menjalankan siasatan penuh berhubung insiden itu termasuk mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Iklan

Mej Mohd Zahir Armaya, 36, pegawai komando dari Pasukan 11 Rejimen Gerak Khas, meninggal dunia pada Rabu selepas dipercayai tertembak sewaktu gimik pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia (5 Div) dan Briged ke-13 Infantri Malaysia. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Jenazah Mohd Zahir selamat dikebumi dengan istiadat tentera

Iklan