KHARTOUM - Perdana Menteri Sudan, Abdallah Hamdok semalam mengumumkan penubuhan kerajaan pertama sejak penggulingan bekas Presiden, Omar Hassan al-Bashir pada April lalu.
Kerajaan awam itu dibentuk sebagai sebahagian daripada perjanjian perkongsian kuasa selama tiga tahun yang dimeterai antara tentera dan parti awam serta kumpulan protes.
Iklan
Iklan
Menurut Hamdok, Kabinet baharu tersebut dibarisi 18 menteri dan dua lagi mungkin akan dinamakan tidak lama lagi.
Kabinet baharu itu turut dianggotai empat wanita termasuk Asmaa Abdallah yang menjadi Menteri Luar wanita pertama Sudan.
Selain itu, bekas ahli ekonomi Bank Dunia, Ibrahim Elbadawi dilantik sebagai Menteri Kewangan dan pemimpin pakatan awam yang berunding dengan tentera, Madani Abbas
Madani dinamakan sebagai Menteri Industri dan Perdagangan serta Jeneral Jamal Omar yang menggulingkan Bashir memegang jawatan Menteri Pertahanan.
Kerajaan baharu itu merupakan langkah penting peralihan di Sudan. - Agensi