Bekas Ketua Pemuda Pas Perak meninggal

Iklan
Allahyarham Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob

IPOH - Bekas Ketua Pemuda Pas Perak, Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob meninggal dunia kira-kira jam 2 pagi tadi di Hospital Pakar KPJ Ipoh, di sini.

Difahamkan Allahyarham meninggal dunia akibat kanser usus yang dideritai sejak dua tahun lalu.

Iklan
Iklan

Selain menjadi Ketua Pemuda Pas Perak pada tahun 2013, Allahyarham turut pernah menjawat jawatan Penolong Setiausaha Agung Pas, Naib Ketua Pemuda Pas Pusat dan Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Kangsar.

Selain aktif di dalam politik, Allahyarham juga amat dikenali sebagai aktivis kemanusiaan dengan mencetuskan beberapa siri kemanusiaan melalui pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim (Serantau Muslim) yang diasaskannya pada tahun 2015.

Iklan

Dalam pada itu, Raja Ahmad Iskandar pernah menjadi pensyarah di Universiti Teknologi Petronas (UTP), Tronoh dan pada 9 Jun 2019 dilantik sebagai Pengerusi Sekretariat Mahasiswa Perak di bawah Yayasan Perak.

Allahyarham turut meninggalkan seorang balu dan lima anak.

Iklan

Jenazah dijangka disemadikan di Makam Diraja Kuala Kangsar pada jam 11 pagi ini.