Terputus hubungan komunikasi sebelum mendarat di bulan

Iklan
Chandarayaan-2 memasuki orbit bulan pada bulan lalu selepas dilancarkan pada Julai lalu.

BANGALORE - Agensi Angkasa India hari ini memaklumkan terputus hubungan komunikasi dengan kapal angkasa, Chandrayaan-2 sebelum ia dijadualkan mendarat berhampiran Kutub Selatan pada permukaan bulan.

"Robot pendarat, Vikram masih berfungsi seperti biasa dan sedang dipantau.

Iklan
Iklan

"Bagaimanapun, komunikasi dengan Vikram telah terputus. Data itu masih dianalisis," kata Pengerusi Pertubuhan Penyelidikan Angkasa (ISRO), Kailasavadivoo Sivan di bilik kawalan di bandar Bangalore.

Perdana Menteri, Narendra Modi turut berada di pusat angkasa tersebut untuk menyaksikan pendaratan bersejarah itu.

Iklan

"Apa yang anda sudah lakukan bukan satu pencapaian yang kecil. Jatuh dan bangun perkara biasa dalam hidup.

"Kerja keras anda banyak mengajar kami dan seluruh negara berbangga dengan anda," katanya kepada saintis ISRO selepas dimaklumkan tentang perkara itu.

Iklan

India bercita-cita menjadi negara keempat selepas Amerika Syarikat, Rusia dan China yang berjaya mendarat di bulan.

Negara itu juga mahu menjadi negara pertama mendarat di Kutub Selatan bulan yang didakwa belum pernah diterokai sepenuhnya. - AFP