GCE-Elmina Duathlon tawar hadiah RM20,000

Iklan

KUALA LUMPUR - Hadiah keseluruhan bernilai RM20,000 bakal ditawar dalam acara GCE-Elmina Duathlon 2019 anjuran Kumpulan Syarikat Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) esok.

Prolintas menerusi satu kenyataan berkata, acara kali ini dijangka meriah dengan penyertaan lebih daripada 1,500 peserta dari 21 buah negara selain pelbagai aktiviti rekreasi menarik dianjurkan.

Iklan
Iklan

"GCE-Elmina Duathlon 2019 satu-satunya acara duathlon berlangsung di lebuh raya yang ditutup kepada orang awam dan akan memperlihatkan peserta bertarung tenaga di dalam acara berbasikal dan berlari di atas Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) sepanjang 22.65 kilometer.

"Acara ini juga akan dimeriahkan dengan aktiviti rekreasi menarik untuk disertai orang awam seperti pedal go kart, halangan bertali, wall climbing, flying fox, zorb ball dan inflatable maze challenge.

Iklan

"Selain dari itu, stesen radio terkenal tanah air turut dijadualkan untuk menyertai acara ini dengan menganjurkan siaran lintas langsung dan pengedaran cenderamata premier kepada pengunjung bertuah.

"Kesemua aktiviti ini akan dilangsungkan di Elmina Central Park,” tulis kenyataan itu.

Iklan

Menurutnya, lagi acara duathlon itu bukan sahaja terbuka kepada peserta berdaftar tetapi dibuka juga kepada orang awam terutama yang mempunyai ahli keluarga menyertai acara tersebut sekali gus menjadikannya sebagai aktiviti keluarga yang sangat berfaedah.

"Orang ramai di sekitar Lembah Klang dijemput hadir untuk memeriahkan dan boleh melayari Facebook Page Prolintas Highways dan Twitter di @GCETrafik,” katanya.