Hasina diramal menang pilihan raya Bangladesh

Iklan
Sheikh Hasina. - Foto en.ntvbd.com

DHAKA - BANGLADESH. Rakyat Bangladesh keluar mengundi hari ini dalam pilihan raya yang menyaksikan Perdana Menteri Sheikh Hasina cuba kekal untuk penggal ketiga berturut-turut tatkala berdepan musuh ketatnya Khaleda Zia, yang masih dipenjara.

Parti Liga Awami pimpinan Hasina yang menjanjikan ekonomi dan pembangunan yang lebih baik, dijangka memperolehi kemenangan.

Iklan
Iklan

Pembangkang utama, Parti Kebangsaan Bangladesh (BNP) pula masih ketiadaan pemimpinnya, bekas Perdana Menteri Zia, 74, yang dipenjarakan sejak Februari lalu atas tuduhan rasuah.

Ia bagaimanapun berjaya menyatukan parti lebih kecil menerusi pakatan Barisan Perpaduan Nasional tiga bulan menjelang pemilihan.

Iklan

Namun, penyokong dan calonnya didakwa berdepan serangan ganas termasuk ditembak dan ditangkap ketika berkempen.

Hasina menafikan semua tuduhan dan yakin rekod baik ekonomi akan membawa kemenangan buatnya dalam pilihan raya.

Iklan

"Punca mengapa orang Bangladesh menyokong Liga Awami adalah pembangunan dan peningkatan ekonomi,” kata anak Hasina, Sajeeb Wazed.

Difahamkan, berjuta-juta pengundi baru didaftarkan untuk mengundi dalam pilihan raya umum pertama paling sengit di negara Asia Selatan itu sejak sedekad lalu. - Reuters