Pesara wanita rugi RM230,000

Iklan
Macau Scam

JOHOR BAHRU - Seorang warga emas mengalami kerugian RM230,000 selepas terjebak dengan penipuan 'Macau Scam'.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, pihaknya menerima laporan polis berhubung kes tersebut semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat, semalam.

Iklan
Iklan

"Kita menerima Iaporan penipuan ‘Macau Scam’ yang mana mangsa berusia 60 tahun diperdaya setelah menerima panggilan telefon dengan memperkenalkan diri sebagai pegawai dari Pos Malaysia Berhad.

"Suspek memberitahu wanita berkenaan mempunyai hutang tertunggak dengan pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Iklan

"Mangsa juga diberitahu surat perintah penangkapan dan pembekuan aset dari Mahkamah Persekutuan Putrajaya telah dikeluarkan atas nama mangsa," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Mohd Khalil berkata, mangsa kemudiannya dihubungi pula seseorang yang mendakwa dirinya anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah yang mengatakan mangsa terlibat dengan sindiket penggubahan wang haram.

Iklan

"Mangsa yang diperdaya memindahkan semua wang miliknya berjumlah lebih kurang RM230,000 secara berperingkat ke akaun suspek atas arahan suspek," katanya.

Berikutan itu, beliau menasihatkan, sebagai Iangkah pencegahan, orang ramai perlu berwaspada apabila menerima panggilan telefon sebegini.

"Jangan mudah percaya dengan dakwaan yang diterima melalui panggilan telefon, jangan sesekali memberikan maklumat peribadi, maklumat akaun bank dan sebagainya kepada orang yang tidak dikenali.

"Mana-mana agensi kerajaan atau pihak bank tidak akan membuat pengesahan maklumat peribadi serta maklumat akaun bank melalui panggllan telefon," katanya.

Jika khuatir dengan kesahihan dakwaan yang dinyatakan, serta merta tamatkan perbualan telefon dan lakukan semakan terperinci dengan agensi yang berkaitan.

"Contohnya pihak polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), mahkamah, bank dan sebagainya," katanya.