Lelaki dikehendaki di Thailand dihukum di Malaysia

Iklan
Tertuduh dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Kota Bharu

KOTA BHARU - [DIKEMASKINI] Seorang lelaki yang dikehendaki di Thailand kerana dipercayai terbabit dengan beberapa siri pembunuhan dan pengeboman di negara itu dihukum penjara enam tahun dan enam sebat di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas kesalahan memiliki pistol.

Hakim, Ahmad Bazli Bahruddin menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Surin Samah, 31, mengaku salah terhadap tuduhan.

Iklan
Iklan

Tertuduh turut dihukum penjara empat tahun terhadap selepas mengaku salah atas tuduhan memiliki 14 peluru hidup tanpa lesen.

Mahkamah memerintahkan hukuman bermula serentak dari tarikh tertuduh ditangkap pada 3 Februari 2018.

Iklan

Ibu tertuduh, Husna Abdul, 55, dan isteri tertuduh, Tuan Salmiza Nik Kecik, 33, pula dihukum penjara setahun selepas mengaku salah ada bersama tertuduh yang memiliki pistol.

Tertuduh didakwa memiliki pistol bertulis Uzi Eagle di sebuah rumah di Jalan Kampung Lancang, Ketereh, di sini pada jam 4.40 pagi, 3 Februari 2018.

Iklan