Jerebu teruk: Kerajaan digesa lebih tegas dengan Indonesia

Iklan
Kuching menjadi satu-satunya kawasan mencatat IPU sangat tidak sihat iaitu 206.

KUCHING - Kerajaan Sarawak mengharapkan kerajaan Persekutuan di Putrajaya bersikap lebih tegas terhadap Indonesia, berhubung masalah jerebu yang semakin menyelubungi banyak kawasan di negeri ini.

Sebanyak 1,087 titik panas dikesan di Kalimantan dan 306 di Sumatera, yang dipercayai berpunca daripada pembakaran hutan secara terbuka dan tidak terkawal di sana.

Iklan
Iklan

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata Putrajaya perlu berbincang dengan Jakarta, bagaimana hendak mengatasi masalah ini.

"Kita mengharapkan Kuala Lumpur dapat membantu kita untuk berbincang dengan Indonesia, supaya keadaan jerebu ini pulih seperti sedia kala.

Iklan

"Perbincangan ini memerlukan perbincangan peringkat kerajaan persekutuan dengan kerajaan persekutuan dan kita, kerajaan negeri tidak mempunyai kuasa untuk bertindak,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis Perjumpaan Penerima dan Bantuan UNIFOR Tahun 2017 dan 2018 di sini hari ini.

Sementara itu, Uggah berkata keputusan penutupan sekolah yang terlibat dengan keadaan jerebu terletak kepada Pengarah Kesihatan.

Iklan

"Bagaimanapun mengikut Standard Prosedur Operasi (SOP), sekiranya bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 200 dalam masa 24 jam, maka guru besar boleh membuat keputusan untuk menutup sekolah terbabit,” katanya.- Bernama