KYOTO - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan tiada permintaan ekstradisi penceramah bebas Dr Zakir Naik diutarakan oleh Perdana Menteri India Narendra Modi ketika pertemuan beliau dengan pemimpin negara Asia Selatan tersebut.
"Dia menyebut nama (Zakir) sahaja tapi tak ulas. Dia cakap sekali je tentang Zakir Naik,” katanya.
Iklan
Iklan
Sebaliknya, katanya tumpuan Modi sepanjang perjumpaan tersebut adalah untuk menerangkan berkenaan situasi di Jammu-Kashmir.
Perdana Menteri dan Modi mengadakan pertemuan dua hala ketika menghadiri Forum Ekonomi Timur (EEF) Ke-5 di Vladivostok, Rusia baru-baru ini.
Sebelum ini media India melaporkan bahawa Modi meminta Dr Mahathir mengambil langkah untuk mengekstradisi pendakwah kelahiran India itu yang dikehendaki New Delhi atas dakwaan menghasut keganasan dan pengubahan wang haram.
Dr Mahathir menamatkan lawatan kerja tiga hari ke Kyoto hari ini. - Bernama