Galak orang asli masak guna dapur gas

Iklan
MOADA mengagihkan sumbangan peralatan dapur kepada 24 keluarga di perkampungan suku Bateq Kuala Koh di sini.

GUA MUSANG - Persatuan Pembangunan Orang Asli Malaysia (MOADA) mengagihkan sumbangan peralatan dapur kepada 24 keluarga di perkampungan suku Bateq Kuala Koh di sini.

Presidennya, Bob Manolan Mohamad berkata, sudah tiba masanya masyarakat orang asli diberi pendedahan memasak penggunaan dapur gas untuk memudahkan urusan harian.

Iklan
Iklan

Beliau yang juga Ahli Dewan Negara berkata, siri lawatan wakil persatuannya ke perkampungan berkenaan sebelum ini mendapati penduduk masih menggunakan cara tradisional iaitu kayu api untuk memasak.

"Mereka sepatutnya perlu didedahkan dengan penggunaan dapur gas. Ia lebih menjimatkan masa, memudahkan kerja dan tidak perlu mencari kayu api lagi," katanya selepas majlis penyerahan sumbangan bernilai RM7,000 kepada penduduk kampung itu.

Iklan

Manolan berkata, beliau berharap sumbangan itu dapat memberi keselesaan kepada mereka untuk memasak dan keperluan harian.

Sementara itu, ketua kampung, Mohamat Pokok berkata, sumbangan ini cukup bererti buat penduduk kampung yang selama ini tidak pernah menggunakan kemudahan berkenaan.

Iklan

"Kami juga turut diajar cara-cara menggunakan dapur gas dengan betul. Selepas ini, tugas di dapur akan menjadi lebih mudah dan cepat," katanya lagi.