KUANTAN - Kontraktor yang berwibawa perlu dipilih bagi memastikan keupayaan pihak yang terlibat dengan perlombongan dan pengeksportan bauksit terhadap produser operasi standard (SOP) dipatuhi.
Pengerusi Gerakan Rakyat Hentikan Pencemaran Bauksit (Geram), Ali Akbar Othman berkata, lantikan itu penting bagi melihat keupayaan semua yang terlibat dengan aktiviti bauksit dapat mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan.
Iklan
Iklan
Menurutnya, selain itu tempoh percubaan juga perlu dilaksanakan bagi melihat keberkesanan SOP baharu aktiviti tersebut.
"Kena ada tempoh itu (percubaan) untuk warga Kuantan dan badan bukan kerajaan di negeri ini menilai sejauh mana pihak yang terlibat bauksit dapat mematuhi SOP.
"Ia bagi memastikan masalah beberapa tahun lalu tidak berulang kembali dan kepentingan rakyat Kuantan diberi keutamaan," katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.