BMF: Promosi keluaran usahawan negara bukan kempen 'cacat'

Iklan

KUALA TERENGGANU - Kempen Utamakan Produk Muslim (BMF) tiada sebarang 'kecacatan' kerana ia usaha membantu mempromosikan produk keluaran usahawan di Malaysia.

Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, ia juga adalah langkah bagi memperkasakan ekonomi masyarakat Islam di negara ini.

Iklan
Iklan

"Saya percaya tidak salah mempromosi BMF kerana ia juga sebenarnya mempromosikan barangan keluaran usahawan dalam negara.

"Bukankah pengusaha atau barangan yang dipromosikan sebagai BMF adalah dalam kalangan rakyat Malaysia?," katanya menerusi satu kenyataan di laman sosialnya, semalam.

Iklan

Mengulas lanjut, beliau berkata, kempen BMF secara tidak langsung turut mempromosikan kempen Beli Barangan Buatan Malaysia yang dilancarkan awal tahun ini.

Muhammad Khalil Abdul Hadi

"Kempen ini juga mempromosikan barangan buatan Malaysia, cuma digalakkan membeli barangan buatan orang Islam sebagai usaha memperkasakan ekonomi orang Islam di dalam negara," katanya.

Iklan

Awal April lalu, Gerakan Pembela Ummah (Ummah) dan Koperasi Al-Hilal Berhad (Kohilal) melancarkan kempen BMF untuk masyarakat Islam di negara ini.

Bagaimanapun, kempen yang dilancarkan badan bukan kerajaan (NGO) Islam itu menimbulkan pelbagai polemik dalam kalangan beberapa pihak di negara ini.

Dalam pada itu. sebelum ini, Pengerusi Ummah, Aminuddin Yahya berkata, selain bertujuan membantu meningkatkan pendapatan peniaga Islam, kempen itu juga memberi alternatif lain kepada masyarakat Islam.

Katanya, lambakan produk tidak halal dalam pasaran semakin membimbangkan dan Ummah berpendapat sudah tiba masanya kempen berkenaan digerakkan bagi membendung masalah itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Jom kempen bantu ekonomi Muslim

DPIM lancar laman web Buy Muslim First

Tiada keperluan boikot: Mohd Azmi