PUTRAJAYA - Usul untuk memanjangkan perkhidmatan Tun Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri adalah munasabah.
Ketua Bersatu Negeri Sembilan, Tan Sri Rais Yatim berkata, ini kerana personaliti pemimpin itu yang disegani dan terbukti dapat mengembalikan prestasi negara.
"Pada saat ini penerimaan terhadap usul itu adalah sangat munasabah dan beliau dapat menaungi banyak hal serta memperbaiki prestasi negara," katanya.
Bagaimanapun katanya, usul tersebut tidak mungkin akan diterima oleh parti komponen PH yang lain.
"Walaubagaimanapun belum ada suara yang bercanggah lagi dan saya kira pandangan ini adalah," katanya.
Menurutnya, perasaan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail perlu dijaga.
"Ia perlu ditinjau dari sudut yang lebih munasabah dan praktikal," katanya.
Terdahulu, Ketua Bahagian Bersatu Bachok, Zulkifli Zakaria mengusulkan agar Mahathir meneruskan perkhidmatannya sehingga PRU 15.