Mangsa amuk: Pekerja kena tetak di kedai buah

Iklan
Forensik memeriksa senjata dan kawasan kejadian

GEORGETOWN - Seorang pekerja kedai buah cedera selepas ditetak oleh lelaki yang dipercayai kurang siuman di kawasan pasar Lorong Kulit di sini pagi tadi.

Dalam kejadian jam 7 pagi itu, suspek yang berusia 35 tahun mengamuk dengan menggunakan sebilah parang sebelum menyerang mangsa yang sedang bekerja di sebuah gerai buah di pasar berkenaan.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimanai Che Awang berkata, majikan mangsa yang melihat kejadian itu segera menghubungi polis.

Menurutnya, ketika anggota polis sampai ke lokasi kejadian, suspek bertindak lebih agresif dengan menetak mangsa beberapa kali di bahagian leher sebelum diberi amaran untuk bertenang.

Iklan

"Suspek terus menyerang mangsa sehingga menyebabkan polis terpaksa melepaskan satu das tembakan amaran sebelum meminta suspek menyerah diri.

"Suspek akhirnya tunduk menyerah diri dan polis berjaya merampas parang daripada suspek ," katanya ketika dihubungi di sini.

Iklan

Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan di bahagian belakang leher manakala suspek juga cedera di bahagian lutut akibat pergelutan yang berlaku.

Katanya, kedua-dua lelaki berkenaan dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang bagi mendapatkan rawatan.

"Sehingga kini kita masih lagi menyiasat apakah punca hingga lelaki berkenaan mengamuk.

"Namun menurut ibu suspek yang juga peniaga di pasar berkenaan, anaknya itu sebelum ini pernah mendapat rawatan psikiatri dan mengamuk apabila mengambil dadah," katanya.

Hasil siasatan juga mendapati, suspek menggunakan parang milik bapanya yang disimpan di rumah.

Semakan dibuat mendapati, mangsa dan suspek mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau.

Tambahnya, kedua-dua mereka kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.