Murid tahun satu maut dilanggar lari

Iklan

JOHOR BAHRU - Seorang murid tahun satu Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Maju Jaya maut dalam kemalangan langgar lari kelmarin.

Kejadian berlaku ketika kanak-kanak itu sedang sedang melintas di Jalan Kempas Lama-Seelong kira-kira jam 10.40 malam.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asistan Komisioner Mohd Taib Ahmad berkata, kanak-kanak lelaki yang dikenali Ahmad itu beralamat di Kampung Sinaran Baru meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah (HSA) ketika menerima rawatan selepas mengalami kecederaan parah.

"Mangsa dipercayai dilanggar sebuah kereta yang datang dari arah Seelong menuju ke Kempas ketika sedang melintas jalan tetapi nombor pendaftaran tidak dapat dipastikan. Pemandu kereta tersebut kemudiannya terus memecut.

Iklan

"Mangsa yang parah dirujuk ke HSA dan disahkan meninggal dunia ketika sedang mendapatkan rawatan," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan belum ada tangkapan dilakukan.

Iklan